KUALA LUMPUR: Datuk Megat Zulkarnain Omardin menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTCKL) pada Jumaat.
Ketika ini, kerusi panas itu disandang Setiausaha PN Selangor, Muhammad Hilman Idham.
Gombak Setia berada dalam Parlimen Gombak yang gagal dipertahankan Datuk Seri Azmin Ali, selepas tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkn (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.
Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.