HomeBeritaMenghina, mencela itu salah dan perlu disekat - Khairuddin Aman Razali

Menghina, mencela itu salah dan perlu disekat – Khairuddin Aman Razali

 

CYBERJAYA: “Kesalahannya ialah menghina. Bukan kesalahan kerana berucap memberikan pandangan politik,” tulis Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Tidak dapat dipastikan secara jelas adakah tulisan Ahli Majlis Ulamak UMNO itu merujuk kepada kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas tuduhan menghasut.

Mohd Khairuddin dalam hantaran di akaun Facebook Ust Dr Khairuddin at-Takiri berkata, perbuatan menghina perlu disekat dan diambil tindakan yang sepatutnya.

“Silakan berhujah dengan pelbagai idea politik mengkritik lawan dan saingan politik tetapi batasannya ialah jangan menghina dan mencela,” katanya.

Kata beliau lagi, ahli politik pembangkang ketika ini pandai memutarbelitkan fakta sehingga tindakan pihak berkuasa atas kesalahan menghina itu dikatakan sebagai kekangan kebebasan bersuara dalam politik.

“Rakyat dan orang muda khususnya tidak wajar terpedaya dengan permainan kata-kata penuh kepalsuan sebegini,” katanya.

Author

Pilihan Editor