HomeSukanMessi tandatangan bersama kelab AS Inter Miami

Messi tandatangan bersama kelab AS Inter Miami

KELAB Amerika Syarikat (AS) Inter Miami telah menandatangani superstar Argentina, Lionel Messi, umum kelab Major League Soccer (MLS) itu pada Sabtu.

Pemain berusia 36 tahun itu akan kekal bersama kelab Miami itu sehingga 2025, tambah kenyataan itu.

“Saya sangat teruja untuk memulakan langkah seterusnya dalam karier saya bersama Inter Miami dan di Amerika Syarikat,” kata Messi. “Ini adalah peluang yang hebat dan bersama-sama kami akan terus membina projek yang indah ini. Ideanya adalah untuk bekerjasama untuk mencapai objektif yang kami tetapkan, dan saya sangat bersemangat untuk mula membantu di sini di rumah baharu saya.”

“Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan Leo Messi dan keluarganya ke rumah baharu mereka,” kata pemilik pengurusan Inter Miami, Jorge Mas. “Pada 2018, kami berjanji untuk membina sebuah kelab bercita-cita tinggi yang akan menarik pemain elit dunia.”

Pemenang Piala Dunia FIFA 2022 berusia 35 tahun itu menyertai PSG pada 2021, dan meninggalkan kuasa besar Perancis apabila kontraknya tamat pada 30 Jun.

Sebelum dua musim di Paris, Messi telah bermain untuk Barcelona selama lebih daripada satu dekad.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali, Messi membantu PSG memperoleh dua gelaran Ligue 1 Perancis.

Dia sebelum ini memenangi 10 gelaran La Liga Sepanyol dan empat gelaran Liga Juara-Juara UEFA bersama Barcelona.

Inter Miami, yang diasaskan pada 2018, termasuk dalam kalangan pemiliknya bekas bintang England dan Manchester United, David Beckham.

Author

Pilihan Editor