HomeHiburanNetizen 'meluat' cara Nabil Mahir umum Ayda Jebat hamil

Netizen ‘meluat’ cara Nabil Mahir umum Ayda Jebat hamil

CYBERJAYA: Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir mengumumkan kehamilan Ayda yang kedua kini memasuki usia lima bulan.

Rakaman mengenai pengumuman Ayda dan Nabil yang dibuat dalam sidang media drama-drama baharu Astro pada Selasa itu turut tular di laman Twitter sehingga hari ini.

Bagaimanapun, sebilangan warga net kurang senang dengan cara pengumuman yang disampaikan Nabil selaku suami kerana beranggapan dia seolah-olah menjatuhkan air muka isterinya.

“Assalamualaikum semua, saya dan Ayda dah bekerjasama dan ‘berpeluh-peluh’ cuba untuk mendapatkan second baby.

“Alhamdulillah sudah lima bulan,” ungkap Nabil ringkas.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali Anna J, turut terlihat riak wajah Ayda tersipu malu akan pengumuman yang dilakukan suaminya namun dia masih tersenyum berkongsi khabar gembira itu kepada umum.

Menjengah di ruangan komen, segelintir warga maya menzahirkan kehampaan mereka dengan ungkapan Nabil itu.

 

Author

Pilihan Editor