HomeBeritaPolitikNik Mohamad Abduh umum berpuasa, rehat dari politik

Nik Mohamad Abduh umum berpuasa, rehat dari politik

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan mahu ‘berpuasa’ dan berehat daripada arena politik tanah air.

Menurut Nik Abduh, 53, ia adalah tempoh paling sukar buat diri beliau dan bondanya.

“Semoga PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” tulisnya dalam kenyataan di Facebook, pada Isnin.

Bagaimanapun, Nik Abduh tidak memaklumkan secara terperinci tempoh berehat beliau dalam politik.

Media sebelum ini melaporkan, Nik Abduh tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan meskipun nama beliau disebut-sebut bakal bertanding di salah satu kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa

Author

Pilihan Editor