HomeBeritaPolitikPeja kesal 'banner' gesa rakyat Selangor tak undi PN

Peja kesal ‘banner’ gesa rakyat Selangor tak undi PN

 

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kesal apabila ada pihak dilihat sengaja membuat provokasi, dengan mengajak rakyat untuk tidak mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Pengerusi PN Negeri Sembilan itu membangkitkan perkara tersebut selepas tular gambar kain rentang, memaparkan gambar Sultan Selangor berserta ajakan kepada rakyat negeri itu untuk tidak memberi sebarang undi kepada PN.

“Jika benar terdapat pihak yang menaikkan ‘banner‘ berkenaan, perkara itu amatlah mendukacitakan dan boleh mencacatkan proses demokrasi di negara kita.

“Sebaiknya, jangan sesekali kita mengaitkan Sultan dan kerabat dalam medan politik.

“PN menyokong kedaulatan raja-raja dan sentiasa akan mempertahankan institusi berkenaan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Terdahulu, MEDIA VARIASI melaporkan, kata-kata pada kain rentang yang dipercayai berbaur hasutan itu dibuat bagi meluahkan perasaan benci dan kemarahan, susulan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Gambar kain rentang tular di media sosial sejak Sabtu lalu. – Foto: Orang Awam

Menerusi video ceramahnya baru-baru ini, Muhammad Sanusi didakwa membuat perbandingan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, kain rentang itu digantung di tempat awam ketika hari penamaan calon PRN yang berlangsung di salah sebuah negeri di Selangor pada Sabtu.

Author

Pilihan Editor