HomeBeritaPembinaan PJD-Link dibatalkan - MB Selangor

Pembinaan PJD-Link dibatalkan – MB Selangor

CYBERJAYA: Kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan pembinaan lebuh raya kontroversi di Petaling Jaya dikenali Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa aspek merangkumi penilaian impak terhadap sosial.

Menurutnya, pembatalan itu turut dibuat susulan pelan yang dikemukan tidak menepati syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

“..Prinsip pentadbiran ini adalah supaya pembangunan di negeri Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri, serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat negeri Selangor.

“Berkait dengan laporan penilaian impak yang dikemukan, terutamanya dari segi laporan impak sosial, pentadbiran ini tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan cadangan ini dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan leburahya PJD-Link,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Untuk rekod, cadangan pembinaan PJD-Link yang mendapat kelulusan dari Jemaah Menteri Persekutuan pada 12 November 2017 nyata mencetus kontroversi khususnya dalam kalangan penduduk di Petaling Jaya.

Penduduk di kawasan berkenaan dengan tegar membantah pembinaan lebuhraya itu menerusi pelbagai saluran termasuk menganjurkan perhimpunan aman bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Perkara itu berikutan rata-rata pihak yang membantah PJD-Link dibina adalah kerana bimbang berlakunya kemudaratan terhadap alam sekitar, kepada penduduk dan ekonomi di Damansara, Petaling Jaya dan Kinrara Puchong.

Author

Pilihan Editor