HomeBeritaPemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia akibat radang paru-paru

Pemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia akibat radang paru-paru

CYBERJAYA: Pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI 2013 (Anugerah Kajai), Wan Noor Hayati Wan Alias dilaporkan meninggal dunia pada petang Isnin.

Difahamkan Wan Noor Hayati atau lebih dikenali Ibu Yati meninggal dunia pada usia 44 tahun di Hospital Serdang akibat penyakit radang paru-paru.

Khabar sedih itu turut dikongsi oleh rakan-rakan media di kumpulan WhatsApp serta ramai yang merakam ucapan takziah kepadanya.

Jenazah Ibu Yati akan dimandikan di Hospital Serdang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Rembau pada malam ini.

Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi sebelum kesihatannya merosot sejak beberapa bulan lalu.

Author

Pilihan Editor