HomeSukanPendarahan otak: Bekas penjaga gol Man United, Van der Sar 'stabil tetapi...

Pendarahan otak: Bekas penjaga gol Man United, Van der Sar ‘stabil tetapi masih membimbangkan’

KEADAAN bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar, kekal stabil namun ‘masih membimbangkan’ selepas mengalami pendarahan otak.

Bekas pemain berusia 52 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi pada Jumaat dan keluarganya mengucapkan terima kasih atas mesej sokongan yang mereka terima.

“Edwin van der Sar akan kekal dalam rawatan rapi buat masa ini,” kata satu kenyataan oleh Ajax.

“Keadaan beliau stabil tetapi masih membimbangkan. Ajax berkongsi maklumat ini bagi pihak Annemarie van der Sar, isteri Edwin.

“Keluarga Van der Sar, bersama Ajax, bersyukur dan sangat terharu dengan banyak mesej sokongan.” – Stadium Astro

Author

Pilihan Editor