JUARA bertahan Amerika Syarikat (AS) memulakan kejohanan dengan kemenangan setelah menewaskan Vietnam 3-0 dalam perlawanan Piala Dunia Wanita FIFA pada Sabtu.
Penyerang AS, Sophia Smith menjaringkan dua gol dan rakan sepasukannya Lindsey Horan menambah gol untuk Stars and Stripes dalam perlawanan Kumpulan E di Eden Park, Auckland.
Sementara itu, Jepun menewaskan Zambia 5-0 untuk mendahului Kumpulan C.
Dalam perlawanan Kumpulan D, England menewaskan Haiti 1-0 ketika pemain tengah menyerang Georgia Stanway menjaringkan penalti pada separuh masa pertama.
Denmark menumbangkan China 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.
Piala Dunia Wanita 2023, yang dianjurkan bersama oleh Australia dan New Zealand, akan berlangsung hingga 20 Ogos. – Anadolu Agency