HomeBeritaPM lancar 'Ekonomi Madani' esok

PM lancar ‘Ekonomi Madani’ esok

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan hala tuju ekonomi negara yang dikenali sebagai ‘Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat’, esok.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Anwar menyatakan bahawa dasar tersebut adalah hala tuju baharu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang.

“Esok saya akan meluncurkan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, Insya-Allah,” tulisnya.

Menerusi poster yang dimuat naik bersama, majlis tersebut akan diadakan pada pukul 9 pagi di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Kuala Lumpur.

Author

Pilihan Editor