HomeBeritaMahkamah & JenayahPolis terima laporan akaun FB salah guna nama isteri TMJ

Polis terima laporan akaun FB salah guna nama isteri TMJ

 

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima satu laporan berhubung penyamaran akaun Facebook menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam pada Rabu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan berkenaan akaun Facebook palsu itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun di Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada jam 3.19 petang.

“Pengadu mendapati satu akaun Facebook menggunakan nama Che’ Puan Besar Khaleeda itu adalah akaun palsu.

“Dalam hantaran akaun Facebook itu terdapat kapsyen yang menggambarkan Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan pendingin hawa dari Jepun,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi Polis Johor pada Khamis.

Menurut Kamarul Zaman, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyalah gunakan media sosial untuk kepentingan peribadi untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan dibuat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Author

Pilihan Editor