HomeBeritaPRK Kuala Terengganu dijalankan serentak PRN enam negeri pada 12 Ogos

PRK Kuala Terengganu dijalankan serentak PRN enam negeri pada 12 Ogos

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu (P036) akan diadakan pada 12 Ogos ini serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang terlibat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Seri Abdul Ghani Salleh berkata, PRK Kuala Terengganu membabitkan 123,575 pemilih.

“PRK Parlimen Kuala Terengganu (P036) memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM465,000,” katanya menerusi sidang media di ibu pejabat SPR di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Author

Pilihan Editor