HomeBeritaPRN: Guna pendekatan dalam industri muzik fahami suara rakyat - Altimet

PRN: Guna pendekatan dalam industri muzik fahami suara rakyat – Altimet

CYBERJAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Altimet akan mempergiatkan usaha untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, setakat ini, pergerakan kempen yang diisi dengan pelbagai program berjalan lancar.

Menurutnya, sesiapa yang hanya bergantung kepada populariti sahaja ialah orang yang kurang bijak.

“Alhamdulillah setakat ini, kempen kita berjalan lancar dan saya jenis orang yang akan bagi usaha sebanyak 150 peratus dan itu yang saya akan bawa semasa berkempen.

“Hari ini boleh dikatakan seperti panas badan dan insya-Allah dalam satu atau dua hari lagi akan masuk gear empat dan lima,” katanya seperti dilapor Kosmo hari ini.

Altimet berkata demikian selepas menyantuni Majlis Resepsi penduduk Lembah Jaya, Ampang Jaya, hari ini.

Tambahya, meskipun baru tiga tahun berkecimpung dalam arena politik, dia percaya dengan pengalaman yang dimiliki berupaya meraih kepercayaan penduduk Lembah Jaya.

“Saya ambil pendekatan, pengalaman saya dalam industri muzik, apabila kita mahu menulis lagu untuk rakyat kita kena turun ke bawah dan mendengar.

“Di samping itu, saya juga sudah bertugas hampir 10 bulan sebagai Penyelaras di DUN Lembah Jaya dan itu juga merupakan satu petanda bagi prestasi kerja saya yang boleh rakyat jangka apabila saya dipilih menjadi Ahli DUN Lembah Jaya,” ujarnya.

Bagi kempen kali ini, Altimet memfokuskan kepada isu kekeluargaan dan belia selain kelestarian bukan sahaja meliputi infrastruktur malah ekonomi dan pekerjaan.

“Kita tahu kanak-kanak akan mewarisi masa depan, manakala belia pula adalah penentu masa kini.

“Jadi, kita akan cuba menghalakan belia kepada pekerjaan-pekerjaan yang boleh membawa kualiti hidup yang lebih tinggi,” katanya.

Author

Pilihan Editor