HomeBeritaSuami isteri cedera, gas masak meletup

Suami isteri cedera, gas masak meletup

CYBERJAYA: Sepasang suami isteri tercedera akibat letupan gas memasak di di Flat Desa Melayu, Bakar Batu, Johor Bahru, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Larkin, Mohd Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 9.54 malam.

Susulan itu katanya, sembilan anggota dan sebuah jentera EMRS dari BBP Larkin dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati berlaku letupan gas memasak di tingkat sembilan flat berkenaan.

“Terdapat dua mangsa, iaitu suami isteri mengalami kecederaan akibat letupan gas itu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Maklumnya lagi, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Author

Pilihan Editor