HomeBeritaMahkamah & JenayahSuri rumah jadi ah long didenda RM3,000

Suri rumah jadi ah long didenda RM3,000

TAMPIN: Seorang suri rumah berdepan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan bunga sekitar 10 hingga 15 peratus awal tahun ini.

Tertuduh S.Rajaswari, 56, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret kemudiannya menetapkan 10 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Januari lalu, kira-kira pukul 12.01 pagi di Taman Gunung Mas, tertuduh didapati telah membantu memberi pinjaman wang tanpa lesen, menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen yang sah.

Oleh demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah, lapor Kosmo hari ini.

Laporan sama turut menyatakan bahawa sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menahan seorang wanita, suri rumah sepenuh masa dipercayai telah terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen yg sah di sekitar daerah Tampin.

Dalam serbuan itu, pihak polis merampas beberapa dokumen yang dipercayai digunakan dalam aktiviti terbabit.

Hasil siasatan mendapati suspek telah menjalankan kegiatan tersebut dari tahun lalu dan memberi pinjaman dengan mengenakan bunga sekitar 10 hingga 15 peratus serta peminjam dalam kalangan rakan-rakannya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Author

Pilihan Editor