HomeTeknologiTikTok tawar hantaran teks, bakal beri saingan hebat kepada Twitter, Threads

TikTok tawar hantaran teks, bakal beri saingan hebat kepada Twitter, Threads

PLATFORM media sosial yang terkenal dengan kandungan video, TikTok pada Isnin mengumumkan bahawa orang ramai akan ditawarkan dengan kandungan hantaran teks pada masa akan datang.

Versi siaran teks pada TikTok lebih kepada visual berbanding siaran ditawarkan Twitter atau Threads, yang mana pengguna boleh menambah latar belakang warna, muzik dan pelekat pada siaran.

Syarikat milik China itu berkata, format baharu itu juga akan meluaskan pelbagai kandungan selain pengggunanya menjadi lebih kreatif menerusi hantaran komen dan kapsyen.

Tawaran TikTok itu seterusnya akan menjadi tamparan hebat kepada Twitter yang sudah lama menawarkan perkhidmatan hantaran teks.

Apatah lagi, awal bulan ini Instagram turut melancarkan Threads, aplikasi serupa dengan Twitter.

Platform lebih kecil seperti Mastodon, Bluesky dan Substack Notes muncul sebagai saingan berpotensi kepada Twitter, namun setakat ini masih belum ada yang dapat menggulingnya meskipun berdepan dengan masalah.

Pemilik Twitter, Elon Musk minggu lalu berkata, platform itu kehilangan kira-kira separuh daripada hasil pengiklanannya.

Author

Pilihan Editor