HomeBeritaPolitikTok Mat, Mahdzir Khalid antara enam nama besar bertanding PRN

Tok Mat, Mahdzir Khalid antara enam nama besar bertanding PRN

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bulan depan hampir selesai, selepas parti itu mempertaruhkan seramai 108 calon.

Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, 63 peratus merupakan calon muka baharu manakala 18 peratus adalah penyandang di kawasan sedia ada.

Tambah beliau, 20 peratus lagi calon dikemukakan adalah mereka yang pernah bertanding dan mahu mempertaruhkan diri semula pada PRN tersebut.

Pada masa sama, katanya, 83 peratus daripada calon-calon tersebut memiliki kelayakan pengajian tinggi dan kelulusan profesional.

Daripada jumlah itu juga, BN memberi keyakinan kepada beberapa bekas Menteri Besar dan bekas menteri, yang semestinya mempunyai pengalaman luas dalam industri politik tanah air.

Datuk Seri Mohamad Hasan yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi BN merangkap Ahli Parlimen Rembau akan bertanding bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu ketika ini menggalas tugas sebagai Menteri Pertahanan.

Ahmad Said – Foto: Sinar Harian

Selain itu, dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, masing-masing turut dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi DUN Kijal dan DUN Seberang Takir di Terengganu.

Ahmad Razif – Foto: Utusan

Bukan itu sahaja, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid diumum akan bertanding untuk merebut DUN Pedu, Kedah.

Ketua BN Kedah itu juga pernah menggalas tugas sebagai Menteri Pendidikan dan Naib Presiden UMNO.

Reezal Merican – Foto: The Star

Sementara itu, bekas Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula akan bersaing di DUN Bertam, Pulau Pinang.

Jalaluddin Alias – Foto: Utusan

Malah, bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dicalonkan di DUN Pertang, Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkn PRN di enam negeri diadakan serentak. dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Author

Pilihan Editor