HomeBeritaVape: Malaysia dah macam 'Wild Wild West', kata Khairy

Vape: Malaysia dah macam ‘Wild Wild West’, kata Khairy

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga menarik minat media antarabangsa menghasilkan laporan khas tentang isu itu.

Melalui akaun Twitternya, Khairy memberi reaksi terhadap laporan khas Al Jazeera dalam program dokumentari 101 East yang mempaparkan bukti produk itu mudah dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun.

Beliau mendakwa, Malaysia kini di era Wild Wild West selepas penjualan bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang.

“Tiada penguatkuasaan di Malaysia kerana tiada undang-undang di Malaysia,” dakwanya.

Al Jazeera dalam laporan penyiasatan itu menunjukkan krewnya mengunjungi enam kedai menjual vape di ibu negara.

Laporan itu menyatakan tiada satu kedai yang meminta kad pengenalan bagi mengesahkan umur pembeli walau terdapat notis yang memaparkan bahan itu hanya boleh dibeli pada usia 18 tahun ke atas.

Khairy juga kesal kerana penjualan vape berleluasa tanpa kawalan sampai ke tahap sedemikian.

 

Author

Pilihan Editor