HomeGaya HidupWarga emas disaran sertai 'geng marhaban', elak jadi nyanyuk

Warga emas disaran sertai ‘geng marhaban’, elak jadi nyanyuk

CYBERJAYA: Golongan warga emas disarankan meluangkan masa dengan menyertai kumpulan marhaban kerana banyak manfaat diperoleh seperti menghilangkan rasa kesunyian di rumah dan atasi masalah nyanyuk.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di Facebook rasminya menyatakan, saranan itu amat baik buat warga emas khususnya dalam mengatasi masalah kemurungan.

“Ini kerana, kewujudan geng marhaban menjadikan mereka saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman yang dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

“Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial.

“Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk),” kongsi PHM.

Author

Pilihan Editor