HomeTeknologiWhatsApp Channels kini boleh digunakan di Malaysia

WhatsApp Channels kini boleh digunakan di Malaysia

CYBERJAYA: Pengguna WhatsApp di Malaysia kini boleh mengakses ciri terbaharu aplikasi berkenaan iaitu WhatsApp Channels.

WhatsApp Channel sesuai dijadikan platform komunikasi sehala daripada pelbagai agensi, jenama, syarikat, media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Secara tidak langsung, ciri terbaharu itu turut memudahkan orang ramai untuk mengikuti sesuatu perkembangan serta isu semasa.

Dari aspek privasi dan keselamatan pengguna, WhatsApp menyatakan bahawa tiada sebarang data berkenaan pengikut sesuatu WhatsApp Channels yang boleh diakses pemilik WhatsApp Channels berkenaan, lapor Amanz.

Bagi mendapatkan akses WhatsApp Channel, pengguna perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp, seterusnya ke bahagian Updates, dan boleh mengikuti saluran WhatsApp Channels yang anda minat.

 

Author

Pilihan Editor