HomeGaya Hidup11 pantang larang wajib kaum Cina patuhi pada Bulan Hantu

11 pantang larang wajib kaum Cina patuhi pada Bulan Hantu

TAHUKAH anda dengar tentang Hungry Ghost Festival atau Perayaan Hantu Lapar yang disambut pada bulan ke-7 mengikut kalendar Cina setiap tahun?

Jika ikut kiraan pada tahun 2023, Bulan Hantu ini jatuh pada bulan Ogos dimana kemuncaknya adalah pada 30 Ogos ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, pintu alam ghaib akan dibuka dan semua roh-roh orang mati termasuk hantu akan dibebaskan dan berkeliaran di dunia pada bulan tersebut.

Menerusi video TikTok @Aunty Cina, masyarakat Cina perlu mengikuti pantang larang serta nasihat pada bulan itu untuk mengelakkan dari terkena musibah.

“Sekarang bulan tujuh untuk kalendar Cina, maksudnya musim ‘Hungry Ghost Festival’. Pagar dunia mereka (hantu/roh) dah buka. So aunty nak bagi nasihat sikit,” katanya,

  1. Kalau nampak jiran Cina sembahyang letak gula-gula dan makanan tepi jalan atau luar rumah jangan kutip dan makan, kalau tersepak makanan tepi jalan, minta maaf terus.

    Foto: Cari Infonet
  2. Jangan keluar rumah terlalu lewat sebab kebarangkalian jumpa mereka (hantu) memang tinggi.
  3. Jangan main kat laut, sungai especially bawa budak-budak. Benda tu memang suka main dengan budak-budak. Dah banyak kes lemas masa Hungry Ghost Festival.
  4. Kalau pergi wayang Cina jangan duduk dekat row depan, tempat tu untuk VIP (Roh/hantu) je. Kita bukan VIP.
  5. Kalau nampak patung ni, jangan tengok muka dia dan cepat-cepat beredar dari situ, dan jangan cakap benda bukan-bukan depan dia. Yang ni patung raja neraka.

    Foto: Responsible travel blog
  6. Jangan potong kuku waktu malam sebab mereka akan ambil baki kuku yang dah potong dan sambung atas kuku mereka.
  7. Jangan cat kuku jadi hitam. Nanti mereka akan confuse yang kamu geng dengan mereka dan ikut kamu ke mana-mana.
  8. Jangan cuci baju waktu malam dan sidai kain waktu malam. Mereka memang suka tempat sejuk dan basah. Kalau dah terlekat kat baju kamu nanti akan bawa susah.
  9. Jangan potong rambut waktu malam. Sama theory dengan kuku, nanti mereka akan ambil rambut kamu dan sambung atas rambut mereka.
  10.  Jangan pergi tempat hutan, bukit atau camping. Yang tu memang tempat mereka senang terserempak dan main-main kat situ. Biar lepas bulan ni baru pergi hutan.
  11. Kalau kat rumah ada bilik yang tinggal kosong especially kat hujung rumah atau store, rajin sikit buka pintu, lampu dan masuk keluar bilik tu. so that benda tu tak tumpang kat rumah kita. 

Apa-apapun pantang larang ini hanya untuk rakan-rakan kita yang berbangsa Cina sahaja dan bagi kita yang beragama Islam tak perlulah bimbang.

 

Author

Pilihan Editor