HomeBeritaMahkamah & Jenayah59 laporan kesalahan kempen PRN Selangor

59 laporan kesalahan kempen PRN Selangor

SEBANYAK 59 laporan berkaitan kesalahan ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) diterima polis Selangor pada Khamis.

Ketua Urus Setia PRN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(a)(1) dan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kes ini membabitkan penyebaran risalah berunsur sensitif, manakala satu lagi kes penyebaran video dalam aplikasi TikTok.

“Sebanyak 52 laporan diklasifikasikan sebagai NOD (No Offence Diclosed) atau laporan yang dibuat tanpa ada berlaku apa-apa kesalahan dan tangkapan.

“Laporan itu (NOD) dibuat oleh pasukan Ops Cantas yang melakukan pemeriksaan Ops Cantas PRN Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihak polis tidak mengesan sebarang aktiviti ceramah atau mana-mana pihak yang berkempen tanpa kebenaran.

“Bagi memastikan kelancaran tempoh berkempen, Polis Selangor menjalankan pemantauan di setiap acara ceramah bagi memastikan pihak berkempen mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Keseluruhannya sebanyak 283 pemeriksaan dijalankan terdiri 199 acara kempen berpermit dan 84 ceramah berpermit,” katanya.

Author

Pilihan Editor