HomeBeritaViral'Allahuakbar boleh menangis!' - Duit pencen atuk digunting cucu

‘Allahuakbar boleh menangis!’ – Duit pencen atuk digunting cucu

CYBERJAYA: Malang tidak berbau, itulah yang menimpa seorang warga emas lelaki apabila cucunya menggunting duit pencennya untuk dijadikan barang mainan.

Menerusi hantaran seorang wanita dikenali Manja Juwita, yang kini tular di Facebook, difahamkan duit itu digunting untuk dibuat mainan ‘masak-masak’.

Lebih memeningkan keadaan apabila gambar yang dimuat naik wanita itu memaparkan bekas dipenuhi dengan not wang bernilai RM10 dan RM50 yang telah digunting.

“Musim cuti sekolah ni cucu duduk rumah kena jaga, jangan biarkan dia berseorangan.

“Habis duit pencen atuk dia gunting dikatanya nak buat main masak-masak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut bersimpati akan nasib yang dialami lelaki berkenaan.

Malah, ada juga yang terhibur dengan gelagat si kecil itu yang disifarkan terlebih kreatif.

“Allahuakbar boleh menangis atuk,” komen netizen.

“Kalau anak kena sepak jatuh tangga dah tapi cucu tak pa, tok wan ada banyak lagi duit,” seloroh seorang lagi netizen.

“Anak-anak sekarang kreatif. Mereka meneroka segala apa yang ada di sekeliling. Perkembangan psikomotor turut berperanan dlm proses untuk mengadaptasi benda-benda yang mereka sentuh. Pengalaman yang mereka lalui semasa kecil akan menjadi moment indah dlm hidup mereka. Bak kata pepatah., pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,” tulis warga net.

Author

Pilihan Editor