CYBERJAYA: Lapan negeri diramalkan mengalami cuaca buruk malam ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menurut MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
“Cuaca buruk itu juga diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman).
“Di Pahang, hujan lebat lebih tertumpu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
“Selain itu, hujan lebat juga diramal di Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Menurut laporan sama, cuaca buruk juga diramal berlaku di Kuching (Kuching), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song), Sarawak.
“Hujan lebat juga diramal berlaku di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), Sabah,” katanya.