HomeBeritaPolitikAminudin menang DUN Sungai Tua, kekal MB Selangor

Aminudin menang DUN Sungai Tua, kekal MB Selangor

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari secara rasmi menang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dengan undi majoriti 5,185.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Menerusi keputusan rasmi, penyandang DUN Sungai Tua itu memperoleh 19,678 undi, meninggalkan pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi manakala calon Bebas, Suman Gopal hanya mendapat sebanyak 430 undi.

Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya, Nor Azlina Abdul Aziz di pusat penjumlahan rasmi undi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini malam ini.

Author

Pilihan Editor