HomeBeritaViralBapa terkilan anak dimarah guru sebab pakai 'make up'

Bapa terkilan anak dimarah guru sebab pakai ‘make up’

CYBERJAYA: Seorang ayah meluahkan rasa terkilan selepas mengetahui anak perempuannya dimarah oleh guru kerana memakai solekan saat hadir ke sekolah.

Menerusi perkongsian TikTok @shazliey1, selain dimarahi, guru perempuan tersebut turut mengelap muka anaknya iaitu Ammara untuk menghilangkan solekan menggunakan kain.

“Masa Ammara masuk ke pagar sekolah, dia kena tahan dengan seorang cikgu ni, dari jauh dengar cikgu perempuan tu siap marah Ammara sambil mengelap muka Ammara dengan kain nak hilangkan make up,” katanya.

Lebih mengesalkan Shazliey, Ammara telah dimarahi oleh guru terbabit di hadapan murid-murid lelaki yang lain.

“Sedih tengok depan mata anak kesayangan papa kena marah macam tu depan pelajar lelaki yang lain.

“Paling sedih dia cakap Ammara tak faham bahasa. Mak bapa tak beritahu ke tak boleh make up ke sekolah. Sedangkan dalam group WhatsApp sekolah tak diberitahu yang tak boleh make up.

“Cuma beritahu semua pelajar perlu hadir ke sekolah dengan pakaian bertemakan tradisional sempena bulan kemerdekaan,” tulisnya.

Tidak berpuas hati, Shazliey bersemuka dengan guru perempuan terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Aku bukan jenis backup anak. Tapi kalau dah diperlakukan macam tu memang silap banyak lah cikgu tu. Aku terus ke sekolah jumpa balik cikgu tu.

“Cara dia bercakap dengan aku dah nampak betapa lemahnya budi bahasa seorang perempuan bergelar cikgu.

“Tangan kau macam sotong menuding-nuding jari pada aku. Suara pula macam petir, menggeletar satu badan aku,” luah Shazliey.

Sebaliknya, guru terbabit menyalahkan guru yang lain kononnya tidak menyampaikan maklumat yang tepat kepada muridnya.

Dalam pada itu, Shazliey memberitahu anaknya mengalami lemah semangat serta sedih selepas kejadian dimarahi oleh guru terbabit.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan guru terbabit yang didakwa tidak profesional.

“Ambil tindakan dekat cikgu ni. Hantar pergi kaunseling, boleh tegur tapi jangan melampau, bukan buat jenayah. Cakap dengan parents pun tah apa-apa, tuding-tuding jari. Adab itu penting,” komen netizen.

“Cikgu pun kadang kena ada rawatan kaunseling juga. Kadang-kadang masalah kat rumah bawa pi sekolah. Ini lah jadinya, smart work lah cikgu untuk anak-anak,” kongsi netizen.

Over cikgu tu, nama pun ada event. Apa salahnya nak make up. Awak comel dik, teruskan usaha ye semoga berjaya dunia akhirat. Sabar juga buat mak bapa awak ye,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor