HomeSukanDinafikan penalti, Wolves terima permohonan maaf

Dinafikan penalti, Wolves terima permohonan maaf

KETUA jurulatih Wolves, Gary O’Neil berkata, dia sudah pun menerima permohonan maaf selepas rayuan penalti lewat mereka ditolak, ketika mengadakan perlawanan di Old Trafford awal pagi tadi.

Wolves tewas 0-1 ketika menentang Manchester United, namun keputusan itu mungkin berbeza jika mereka dihadiahkan penalti pada minit ke-86.

Ketika perlawanan itu, penjaga gol United, Andre Onana menerpa penyerang Wolves, Sasa Kalajdzic namun pengadil, Simon Hooper enggan menghadiahkan penalti.

Sementara itu, pengadil video bantuan pengadil (VAR), Michael Salisbury, menganggap tiada pelanggaran dalam insiden tersebut.

Justeru, O’Neil berasa kesal, apatah lagi dia menerima permohonan maaf segera daripada bos pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Jon Moss.

“Moss bergegas untuk mengatakan bahawa ia adalah sepakan penalti yang jelas dan ia sepatutnya diberikan.

“Saya telah menghabiskan banyak hari untuk cuba memahami garis panduan baharu dan cara mengelak daripada dihukum pengadil tetapi saya gagal.

“Moss berkata, ia jelas satu kekasaran dan dia tidak percaya pengadil di atas padang tidak memberikannya selain tidak percaya bahawa tiada campur tangan VAR.

“Sejujurnya, ia mungkin membuatkan saya berasa lebih teruk kerana apabila anda tahu anda di pihak betul, maka anda berasa lebih teruk untuk pulang dengan tangan kosong,” katanya seperti dilapor Birmingham Mail.

Difahamkan, ketua badan induk pengadil PGMOL, Howard Webb turut menghubungi pegawai Wolves untuk mengeluarkan permohonan maaf selepas perlawanan tersebut.

Bagi pengurus United, Erik ten Hag, dia enggan memperbesarkan insiden tersebut, sebaliknya berpendirian ia adalah satu keputusan yang tepat.

“Apabila VAR melihatnya dan memutuskan untuk tidak memberikannya sudah tentu kami gembira.

“Ia mengenai pengadil dan VAR. Saya rasa kedua-dua pemain itu berlaga tetapi Andre tidak mengganggu permainan memandangkan Andre juga menyentuh bola,” kata pengurus kelahiran Belanda itu.

Author

Pilihan Editor