HomeBeritaMahkamah & JenayahDr Noor Hisham ambil tindakan mahkamah, kes penipuan babit dirinya

Dr Noor Hisham ambil tindakan mahkamah, kes penipuan babit dirinya

CYBERJAYA: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya dalam satu berita palsu.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati supaya tidak tertipu dengan berita palsu itu yang kini kian tular.

“Sila ambil maklum dan jangan sesekali tertipu dengan berita palsu ini.

“Saya akan bincang dengan peguam untuk ambil tindakan mahkamah atas penipuan ini,” tulisnya.

Tinjauan menerusi pautan yang diberikan mendapati, berita palsu itu membabitkan isu prosedur rawatan mata di hospital yang didakwa hanya mementingkan wang berbanding kesihatan pesakit.

Author

Pilihan Editor