CYBERJAYA: Bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, bantuan pemberian itu sedang diperinci pihak kementerian dan pihak berkepentingan.
“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi MOF.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa melancarkan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lepas berkata, bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah melibatkan peruntukan RM1 bilion.