HomeGaya HidupEcoTrail Putrajaya 2023 dedah peserta keindahan alam, pembangunan Putrajaya

EcoTrail Putrajaya 2023 dedah peserta keindahan alam, pembangunan Putrajaya

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Pejabat MOTAC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan anjuran bersama Ten Senses (M) Sdn. Bhd menganjurkan acara EcoTrail Putrajaya yang bertemakan “A Green Race From Europe to Malaysia” yang berlangsung pada 29 Julai 2023 lalu di Taman Botani, Putrajaya.

EcoTrail Putarajaya adalah acara perlumbaan larian denai terbesar yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi.

Pelepasan EcoTrail kategori 80km
Pelepasan EcoTrail kategori 30km

Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Penganjuran EcoTrail adalah larian sihat sekaligus memberi peluang kepada para peserta mendekatkan diri dengan warisan semulajadi dan budaya sesebuah bandar.

Pemilihan Putrajaya sebagai sebagai lokasi penganjuran kerana Putrajaya merupakan bandar ultra moden yang masih dikelilingi dengan taman taman alam semulajadi di samping mampu memberi peluang pada peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif.

Ini adalah peluang kepada Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya serta mempromosikan lokasi ini sebagai daya tarikan pelancong yang wajib diterokai oleh pelancong dalam dan luar negara.

Rata-rata peserta teruja dengan laluan trek EcoTrail yang amat cantik serta unik dengan pemandangan indah, landskap menarik serta berpeluang melihat flora dan fauna sepanjang berlumba antaranya pepohon serta buah-buahan tempatan, beberapa spesies monyet,
burung dan lain lain lagi.

Nataliedau

Peserta dari Australia, juga pemenang tempat pertama (kategori 80km wanita veteran), Nateliedau berkata, ini adalah penyertaannya kali kedua selepas penyertaan pertama pada tahun 2019.

Dia kembali ke acara ini kerana keindahan landskap laluan yang amat menarik, serta berpeluang melihat serta terserempak dengan pelbagai spesies haiwan di laluan terutama pada awal pagi.

Muhammad Adil Adham

Sementara itu, Muhammad Adil Adham pemenang tempat pertama (kategori 80km lelaki terbuka) berkata, peluang menyertai EcoTrail Putrajaya pada kali pertama digunakannya untuk menerokai keindahan Putrajaya dan tidak menyangka Putrajaya memiliki khazanah alam semulajadi yang amat indah serta bangunan yang sangat cantik.

“Saya tak sangka dapat tempat pertama. Saya berhasrat untuk menyertai EcoTrail di Switzerland dalam masa dua tahun akan datang,” katanya.

Perlumbaan EcoTrail mula diperkenalkan dan diadakan di bandar Paris, Brussels, Reykjavik, Oslo, Funchai Madeira Island, Geneva, Florance, Stockholm, Copenhagen dan ChiangMai selain Putrajaya, Malaysia.

EcoTrail Putrajaya mula memasuki Asia pada tahun 2019, dan untuk edisi kedua telah menerima penyertaan seramai 1,300 dengan 200 peserta dari luar negara berbanding 900 peserta pada tahun pertama.

Pemyampaian hadiah 80km Terbuka Lelaki

Perlumbaan ini melibatkan larian bagi kategori 10km, 30km, 50km dan 80km. Untuk 80km acara pelepasan diadakan pada jam 3 pagi dan kategori lain adalah antara jam 7 pagi hingga 7.45 pagi.

Kategori 10km turut disertai oleh Mohd Zamri bersama beberapa pegawai MOTAC yang lain.

Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah MATIC dan Mohd Zamri turut menyertai cabaran Ecotrail Putrajaya

 

Author

Pilihan Editor