CYBERJAYA: Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman ditahan sewaktu melancong di Thailand selepas gagal menunjukkan lesen memandu fizikal.
Menerusi hantaran di Twitter acapkay, walaupun menerangkan pembaharuan sistem yang dilakukan di Malaysia, pihak berkuasa Thailand tidak menerima alasan tersebut dan akhirnya mereka tetap disaman.
“And lepastu kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak kita kad fizikal, kalau tak ada boleh kena saman.
“Puas aku explain cakap Malaysia dah tak pakai kad fizikal, dia kata tak boleh! End up aku dengan @iqbalasyrafff kena saman juga,” kongsinya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan selepas mengenai perkara tersebut.
“Alamak, tak sure ni kes polis pau ke apa, if let say licence card digital belum acceptable dekat negara luar, payah gak lah rasanya,” luah netizen.
“Harap menteri luar boleh resolve issue ni. Aku ada kemungkinan nak bawa Malaysia vehicle jugak keluar nanti,” komen netizen.
“See, ini yang aku terfikir, misal kata phone tiba-tiba tak ada bateri ke apa naya, tak pasal kena tahan dengan polis,” kongsi netizen.
Terdahulu, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa.
Malah, pembaharuan lesen juga dikatakan tidak lagi dalam bentuk kad fizikal tetapi melalui aplikasi MyJPJ manakala, bayaran yang dikenakan bagi tempoh 10 tahun tersebut adalah sebanyak RM270.
Difahamkan, pembaharuan lesen memandu secara dalam talian sudah berkuat kuasa pada bulan Ogos.