HomeBeritaPolitikEnggan jadi 'kuda tunggangan' DAP, PAS sanggup kalah PRU14

Enggan jadi ‘kuda tunggangan’ DAP, PAS sanggup kalah PRU14

PAS berpendirian untuk tidak menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP, apabila sanggup menanggung kekalahan serta hilang jawatan berbanding bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, atas sebab itu parti itu memilih untuk berpisah dengan DAP dan pendirian dibuat itu tepat.

“Kalau kita kebulur sangat nak jadi menteri, menteri besar atau EXCO, kami tak keluar PH dan kita boleh jadi ‘kuda tunggangan’ DAP dalam PRU14.

“PAS rela kalah dan mengambil pendirian untuk bertanding solo selepas itu. Apa yang berlaku sekalipun, kita tidak akan meninggalkan kesan sejarah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang memaklumkan PAS meninggalkan DAP bukan disebabkan hudud, sebaliknya kerana mahu bekerjasama dengan UMNO.

Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berterima kasih pada Mohamad kerana ucapannya dalam ceramah terbabit juga menyebabkan ramai penyokong dan ahli UMNO menjauhi mereka.

“Bagus ‘Abang Mat’ (Mohamad) beri jawapan, orang UMNO pun kata kalau itu sikap mereka benci (pada UMNO), kami tidak akan beri undi pada calon Amanah dalam PRK ini.

“Mula-mula ada juga mereka pujuk ahli UMNO supaya memberi sokongan pada calon PH, tetapi dengan ucapan itu nak dapat undi pun susahlah.

“PH perlu 4,000 undi daripada UMNO untuk menang, tadi saya jumpa cawangan UMNO dia kata nak dapat 400 undi belum tentu,” katanya.

Author

Pilihan Editor