CYBERJAYA: Seorang gadis dikecam teruk oleh warga net selepas videonya yang dipenuhi makian dan carutan tular dalam media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video @malaysiaviralll, difahamkan, gadis itu bersikap demikian disebabkan tidak menjumpai kawasan parkir motosikal dalam sebuah pusat beli belah setelah berpusing di bangunan itu hampir satu jam.
“Aku datang sini pukul 5, 5.40 baru dapat parking,” kata gadis tersebut.
Malah, gadis tersebut turut menyatakan dia ada bertanya kepada pengawal keselamatan namun hampa dengan jawapan yang diberikan kerana dia tidak menjumpa sebarang papan tanda ke laluan parkir motosikal.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kata kesat yang dikeluarkan olehnya sehingga dilabelkan tidak beradab.
“Orang sekarang memang ringan je mulut diorang mencarut dan post online. Aku nak mencarut online ni aku fikir banyak kali. Cringe satu hal, macam orang bodoh satu hal. Pastu aku fikir lagi, apa yang kat internet selamanya kat internet,” luah netizen.
“Macam mana eh dia mencarut panjang macam tu, aku paling tak suka mencarut sebab zaman kecik dulu kalau sebut “bodoh” pun mak aku jentik bibir sampai bengkak bibir but as I grow older, I understand why she did that. A good lesson, learnt. Love you mom,” kongsi netizen.
“kalau camni punya perangai nak record pastu nak viral kan..tak pasal orang kecam kau adik. Pakai tudung, mulut macam apa jee. zaman sekarang ni, tak payah lah nak post macam ni. nampak bodoh kat diri sendiri je,” komen netizen.