HomeBeritaHari mengundi PRK Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September

Hari mengundi PRK Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September

CYBERJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor adalah pada 9 September 2023.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon akan berlangsung pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September ini.

Katanya, sejumlah 166,653 pemilih terlibat bagi PRK Parlimen Pulai manakala seramai 40,379 bagi DUN Simpang Jeram melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Bagi menjalankan proses PRK ini, SPR melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dibantu lima penolong pegawai pengurus untuk Parlimen Pulai dan seorang pegawai pengurus dan tiga penolong pegawai pengurus bagi DUN Simpang JEram.

“SPR menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding untuk parlimen dan DUN berkenaan,” katanya seperti dilapor Utusan pada Khamis.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat khas di Putrajaya hari ini.

Author

Pilihan Editor