HomeGaya HidupIndividu kerap ‘main’ telefon disaran makan buah melon sebab..

Individu kerap ‘main’ telefon disaran makan buah melon sebab..

CYBERJAYA: Individu yang kerap menggunakan telefon pintar disarankan untuk menjadikan buah melon sebagai hidangan setiap hari.

Menerusi perkongsian seorang pengamal perubatan, Dr Rizal Abu Bakar, buah melon mengandungi khasiat untuk mata manusia.

Menurutnya, antara nutrisi yang terkandung dalam buah tersebut adalah Lutein dan Zeanthin yang berfungsi sebagai anti oksida bagi kegunaan mata.

“Buah ni (melon) power yakmat. Terutama yang memang mata tak berapa ok. Yang nak mata jadi elok dan sihat.

“Especially pada geng yang dok guna handphone untuk berniaga. Terpaksa berkepit dengan handphone atau mengadap skrin pc memanjang atau anak-anak yang memang kalau tak bagi pun guna handphone berjam jam.

“Apa ada dalam melon ni? Benda penting yang ada dalam melon ialah Lutein dan Zeanthin, dua anti oksida ni penting sangat untuk kesihatan mata. Dua geng ni boleh halang mata dari kerosakan,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Selain itu, Dr Rizal turut menyatakan bahawa melon turut sesuai dimakan oleh individu yang menghidap asma.

“Buah melon ini pun ada selenium, beta carotene, vitamin C dan choline.

“Kalau ada asma wajiblah jadikan melon ni saka baru. Sebab beta carotene dalam melon boleh halang asthma attack. Juga halang dari terkena asma.

“Satu cawan melon bekalkan 3,500mg beta carotene. Saintis kata sehari untuk orang umur 14 tahun ke atas perlukan 18,000mg beta carotene,” ujarnya.

Tambah Dr Rizal, melon juga berupaya mengawal kesihatan jantung, sembelit, serta sesuai dimakan oleh golongan yang kurang suka minum air.

“Lately ni kan, selalu terdengar orang yang kita kenal mati mengejut. Selalu dikata kena serangan jantung. Muda muda lagi pulak tu.

“Kalau ada isu dengan sembelit, fiber dari melon boleh bantu. Kalau nak naikkan fokus, choline dalam melon boleh bantu.

“Kalau rasa malas nak minum air asyik nak ke tandas, boleh cuba melon. Kandungan air dalam melon tinggi. Bagi hidrasi pada tubuh. Kurangkan sikit lawatan ke tandas tu,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor