HomeBeritaInstagram jadi 'favourite' generasi Z dan Milenium

Instagram jadi ‘favourite’ generasi Z dan Milenium

CYBERJAYA: Aplikasi popular di sosial media, Instagram kekal menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi Z dan Milenium.

Perkara itu berdasarkan hasil kajian yang dilakukan penyelidik YPulse mendapati, platform Instagram kembali popular sejak kebelakangan ini, lapor The Star.

Kajian itu melaporkan peratusan penggunaan Instagram dalam tempoh enam bulan (November 2022 – April 2023) dalam kalangan generasi Z adalah sebanyak 66 peratus manakala generasi Milenium mencatat 67 peratus.

Malah, 45 peratus daripada generasi Z dan 52 peratus generasi milenium mengakui mereka menggunakan Instagram dengan kerap setiap hari.

Kajian YPulse turut mendapati, Instagram adalah satu-satunya platform yang menunjukkan peningkatan tinggi berbanding platform lain seperti Netflix, YouTube, Disney+, TikTok dan sebagainya.

Meskipun golongan muda gemar menggunakan TikTok untuk menyiarkan kandungan atau ‘meme’ yang tular, namun rata-rata daripada mereka akan kembali menggunakan Instagram untuk berkongsi kandungan berunsurkan perjalanan hidup mereka seperti menyambut hari penting (ulang tahun, hari graduasi, hari perkahwinan).

Laporan sama turut mendapati bahawa kedua-dua generasi ini gemar menggunakan featured Stories, Reels dan foto ‘filters’ yang ditawarkan dalam Instagram.

Author

Pilihan Editor