HomeBeritaJangan pandu laju! Operasi 'saman ekor' di jalan raya kini bermula

Jangan pandu laju! Operasi ‘saman ekor’ di jalan raya kini bermula

CYBERJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat melaksanakan saman tembak laju atau saman ekor kepada mana-mana pengguna kenderaan yang memandu melebihi had laju berkuat kuasa, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, penguatkuasaan saman itu dilaksanakan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan di dalam negara.

“Kita (trafik) akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.

“Saman kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan” katanya seperti dilapor Kosmo.

Tambah Mohd. Nasri, memandu melebihi kelajuan adalah salah satu punca utama kemalangan jalanraya di negara ini di mana pemandu gagal mengawal kenderaan lalu berlaku hilang kawalan.

“JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” katanya.

Untuk makluman, saman tembak laju atau saman ekor melibatkan pesalah jalan raya yang memandu melebihi had laju kemudian akan diberikan saman melalui pos menerusi notis K170A.

Author

Pilihan Editor