HomeBeritaMahkamah & JenayahKes bakar isteri: Suspek sudah lolos dari ladang

Kes bakar isteri: Suspek sudah lolos dari ladang

SEBERANG PERAI: Seorang lelaki yang memmbakar isterinya dengan minyak petrol dipercayai sudah meloloskan diri dari kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU), semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, usaha mengesan suspek kini diperluaskan dan pihaknya percaya tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Hasil maklumat daripada saksi ketika operasi mengesan suspek dijalankan petang semalam memberitahu yang suspek berusia 36 itu sudah melarikan diri dengan menumpang sebuah van kilang.

“Keadaan mangsa yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) pula semakin kritikal dan doktor sudahpun memanggil ahli keluarganya,” katanya seperti dilapor Kosmo pada Rabu.

Mengulas lanjut berhubung keadaan mangsa, Mohd. Asri menyatakan harapan untuk mangsa bertahan hanya berbaki 20 peratus sahaja dipercayai akibat kesan kebakaran yang dialami pada bahagian atas badan.

Terdahulu, media melaporkan tindakan seorang suami membakar isterinya dengan minyak petrol di hadapan anak-anak dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku dipercayai akibat perselisihan faham keluarga sehingga membawa kepada tindakan luar kawalan suspek.

Author

Pilihan Editor