HomeBeritaViralKritik makanan tak sedap: Kerajaan Kemboja desak Uncle Roger buat permohonan maaf...

Kritik makanan tak sedap: Kerajaan Kemboja desak Uncle Roger buat permohonan maaf terbuka

CYBERJAYA: Pelawak Malaysia, Uncle Roger sekali lagi mendapat perhatian media antarabangsa selepas dia memberi komen negatif terhadap makanan negara Kemboja.

Kerajaan Kemboja menuntut agar Uncle Roger atau Nigel Ng membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengkritik makanan negara itu tidak sedap.

Menerusi Facebook rasmi Kementerian Pelancongan Kemboja meluahkan kekecewaan selepas melihat video ‘Uncle Roger Make Adobo’ yang dimuat naik Uncle Roger melalui YouTube miliknya.

“Kementerian Pelancongan Kerajaan Kemboja ingin memaklumkan kepada pelancong negara dan antarabangsa, sektor swasta dalam industri pelancongan dan orang ramai bahawa pihak kementerian amat kecewa selepas melihat video yang salah dalam menilai makanan Kemboja dalam media sosial, saluran YouTube bernama Nigel Ng, diterbitkan pada 30 Julai (Ahad), bertajuk ‘Uncle Roger Make Adobo’, katanya dalam kenyataan.

Dalam video tersebut, Uncle Roger menyebut bahawa tidak semua negara Asia Tenggara mempunyai makanan yang enak.

Uncle Roger mendakwa Laos dan Kemboja antara negara yang makanannya tidak enak.

“Penilaian individu di atas benar-benar menyimpang daripada realiti dan identiti makanan Khmer, dan terutamanya telah memberi kesan buruk kepada industri pelancongan makanan Kemboja secara serius.

“Di mana Kerajaan Diraja Kemboja, serta Kementerian Pelancongan, telah berusaha untuk mempromosikannya pada peringkat antarabangsa sehingga diiktiraf secara meluas bahawa ‘Kemboja mempunyai Budaya Cantik dan Rasa Unik pada masakannya’, jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta Nigel Ng atau Uncle Roger untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Kemboja dan segera menyunting video yang disiarkan di media sosialnya.

Author

Pilihan Editor