HomeBeritaViral‘Lip matte’ Syedewa Cosmetics dilabel produk timbang kilo

‘Lip matte’ Syedewa Cosmetics dilabel produk timbang kilo

CYBERJAYA: Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai produk kosmetik keluaran jenama Syedewa Cosmetics dilabel produk timbang kilo.

Perkara itu susulan tular sebuah video memaparkan keadaan sebuah kilang yang kurang menyenangkan, menghasilkan gincu jenis ‘lip matte’ dan bekas gincu itu seakan sama seperti produk keluaran Syedewa Cosmetics.

Bagaimanapun, Syedewa Cosmetics tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit dan berasa kesal akan pertuduhan itu.

“Kami sedang melakukan siasatan mengenai semua pertuduhan berkait.

“Kami mahu semua pelanggan Syedewa Cosmetics tahu bahawa kami mengambil serius perkara ini.

“Keselamatan dan kepuasan anda sebagai pengguna menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna yang menggemari produk Syedewa kekal menyokong syarikat berkenaan kerana yakin akan kualiti produk yang dipasarkan.

Malah, difahamkan pemilik akaun yang memuat naik video itu sudahpun memadam video berkenaan.

Menjengah di platform Twitter, rata-rata warga net berpandangan ada pihak yang cuba menjatuhkan perniagaan Syedewa.

Malah, ada juga yang menyarankan supaya orang ramai membuat semakan produk berdaftar bagi mendapatkan kesahihan sesuatu produk itu.

“Kalau was-was tengok je guest 3+ ni sis. Dan nasihat untuk kita semua, if nak try any product and not sure if the product registered or not. Please check first before buy and use. Kalau product dah famous satu Malaysia, still check jugak tau!!” tulis seorang netizen.

Author

Pilihan Editor