HomeBeritaPolitikMB Selangor baharu angkat sumpah Isnin depan

MB Selangor baharu angkat sumpah Isnin depan

KLANG: Teka-teki siapa bakal menjawat jawatan Menteri Besar Selangor akan terjawab Isnin depan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan tarikh tersebut bagi istiadat angkat sumpah jawatan tersebut.

Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, istiadat termasuk Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar akan berlangsung pada pukul 11 pagi di Balairung Seri, Istana Alam Shah.

“Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor juga akan berlangsung di lokasi sama pukul 2 petang hari sama,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari telah menghadap Sultan Selangor untuk mempersembahkan nama calon menteri besar baharu.

Media sebelum ini melaporkan tiga nama disebut-sebut sebagai calon iaitu Amirudin sendiri di samping ADUN Tanjong Sepat yang merupakan bekas Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi serta Adat Istiadat Melayu,Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah dan Fahmi Ngah (ADUN Seri Setia).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor lalu menyaksikan gabungan PH dan Barisan Selangor (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 34 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) hanya 22 kerusi.

 

Author

Pilihan Editor