HomeBeritaViralMelampau! 'Budak step' bertudung sakan gelek dengan lelaki

Melampau! ‘Budak step’ bertudung sakan gelek dengan lelaki

CYBERJAYA: Sebuah video tular mengenai sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan yang mempamerkan tarian tidak senonoh dalam sebuah festival baru-baru ini menerima kecaman netizen.

Ia susulan pergaulan bebas antara pengunjung lelaki dan perempuan yang dilihat bebas menari bercampur-campur tanpa mengira batas.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Twitter @ciraplaici difahamkan, tarian tersebut dikenali sebagai ‘Kaki Step’.

Lebih teruk, kelihatan aksi melampau beberapa gadis bertudung sedang melakukan tarian tidak senonoh sambil dikelilingi sekumpulan lelaki.

Ia bermula apabila sekumpulan lelaki memberikan isyarat untuk mengelilingi wanita tersebut sebelum masing-masing melakukan aksi kurang sopan sehingga menerima sorakan ramai.

Tindakan anak-anak muda di dalam video terbabit telah menerima kecaman netizen yang rata-ratanya meluahkan kekesalan dan mempersoalkan maruah masing-masing.

“Masing-masing menari mengalahkan orang yang berjoget kat kelab malam. Yang berhijab pun join menari di kalangan jantan,” komen netizen.

“Apa benda ni s**l! Budak zaman sekarang dah suka dangdut ke nak bergelek-gelek? Muka semua bapak serius pula tu ingat step macam tengah ada competition. Tak cool langsung! Nasib baik zaman aku Bunkface, Hujan, kira cool lagi,” luah netizen.

“Ni content malam pesta muda mudi ke sis? Ya Allah mohon dijauhkan dari ahli keluarga serta anak-anak sis, tak tahu nak komen apa dah. Tapi sedih sangat, amat-amat sedih,” kongsi netizen.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah festival yang dinamakan Port Fest 2023 bertempat di Dataran Ipoh, Perak.

Author

Pilihan Editor