MEMBELI sebuah kereta terpakai pastinya sukar apabila anda tidak mengetahui kriteria manakah yang perlu difokuskan sewaktu membuat penilaian keadaan sesebuah kereta itu.
Menerusi perkongsian seorang usahawan dikenali Iffat Salleh yang mempunyai pengalaman menggunakan enam buah kereta terpakai yang berbeza, terdapat 8 tips yang perlu difokuskan pengguna sebelum membeli sesebuah kereta itu.
Ikuti perkongsian Iffat ini:
“Benda paling penting, jangan percaya sepenuhnya cakap owner dan salesman.”
- “Tak pernah eksiden”, “bukan kereta banjir”, “kondisi perfect“, ni semua ayat paling bahaya, so jangan percaya 100 peratus. Pastikan anda check betul-betul beberapa perkara ni sebelum beli kereta terpakai.
Aku dah pakai 6 biji used car. Ada yang bagus, ada yang teruk.
Ada yg beli direct owner, ada beli dr kedai.
So, ini ialah tips untuk korang beli used car
Nota: Jangan Percaya Cakap Owner Kereta & Salesman
RT & Start baca thread ni
— Iffat Salleh (@iffatsalleh) August 26, 2023
1. Semak keadaan pintu, bonet dan minyak
Benda pertama kena buat ialah check semua pintu dan bonet belakang. Tak ada buat apa-apa, cuma perlu buka dan tutup. Buat beberapa kali. Kalau berbunyi pelik, kalau susah buka dan tutup. Maka, tinggalkan kereta tu segera. Comfirm kena baiki.
2. Pegang stereng
Korang masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis. Kalau ada bunyi ‘kluk kluk, klak klak’, maka comfirm rosak steering rack dan komponen berkaitan. Makan modal.
3. Uji enjin
Start engine dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka confirm engine mounting kena tukar. Makan modal juga. Kalau tak tahu gegar or tak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard. Air bergoncang, rosak la tu.
4. Tekan brek dan masuk gear D
Perkara ini penting, kadang-kadang start engine tak terasa sangat getaran. So kena masuk gear D dan tekan brake. Tengok dashboard bergegar or tak. Same issue, engine mounting problem.
5. Cari Zebra Line
Test drive kereta tu, cari jalan yang ada zebra line or crossing line. Ada dua cara; Cara 1: Bawa slow je, under 50kmh melintasi zebra line. Cara 2: Bawa laju sikit around 50-90kmh melintasi zebra line. Why? Kalau melintasi zebra line ada bunyi ‘Kuk kuk kuk, kak,kak,kak’, maka undercarriage problem. Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar. Lagi la makan modal. Ini confirm owner tak pernah tukar lagi.
6. Speeding 80-100KMH
Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada problem pada absorber, shaft or rim. Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang So, benda makan modal juga ni pun. Hati-hati la kalau nak beli.
7. Semak kebocoran
Bab ini leceh sikit, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin. Sebaiknya bawa la sorang kawan yang mahir bab engine ni untuk tengok leaking.
8. Semak keadaan aircond
Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu 5 minit. Tengok sejuk or tak. Kemudian naikkan 1 takat lagi dan tunggu 5 minit. Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO. Kalau semua sejuk, maka cun la tu.
- Pengalaman aku dengan kereta terpakai ni mmg banyak tapi aku tak pernah serik beli used car Sebab ianya lebih jimat berbanding beli baru.
- Nanti aku share lagi tips untuk dapat kereta kondisi superb dgn harga jimat banyak dari market Make sure RT dulu supaya ramai dpt belajar