HomeBeritaPolitikPemilihan sudah dibuat, UMNO tak perlu adakan EGM

Pemilihan sudah dibuat, UMNO tak perlu adakan EGM

CYBERJAYA: Tiada keperluan untuk UMNO mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melaksanakan semula pemilihan parti, kata Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, pemilihan sudah pun dilaksanakan pada tahun lalu bermula dari peringkat Naib Presiden hingga cawangan.

Melalui pemilihan itu, beliau berkata, parti telah melantik Naib Presiden dan majoriti Ketua Bahagian dalam kalangan orang baharu.

“Bahkan selepas UMNO hilang kuasa pada 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kalahkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ dan Tengku Razaleigh Hamzah.

“EGM tidak perlu semata-mata untuk putuskan pemilihan parti memandangkan pemilihan tetap berlaku.

“Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan nombor satu dan dua,” katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Tambah beliau, adalah lebih baik UMNO melaksanakan ‘post mortem‘ terperinci di seluruh peringkat.

Terdahulu, Tengku Razaleigh mencadangkan pemilihan perlu diadakan semula untuk menghidupkan kembali parti susulan prestasi buruknya dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berpendapat, parti hanya akan mengalami pembaharuan sebenar menerusi proses pemilihan.

Author

Pilihan Editor