HomeBeritaViralPenduduk pangsapuri bina bangsal terima kecaman netizen

Penduduk pangsapuri bina bangsal terima kecaman netizen

CYBERJAYA: Netizen menyelar tindakan seorang penduduk di sebuah pangsapuri yang membina sebuah bangsal di ruangan parkir untuk kegunaan peribadi.

Menerusi hantaran Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari ini, gambar yang dikongsi itu menunjukkan bangsal tertutup itu agak luas sehingga boleh memuatkan dua buah kenderaan di dalamnya.

Malah, turut kelihatan di kiri dan kanan bangsal terbabit juga mempunyai bangsal terbuka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ahli kumpulan Facebook itu mengecam tindakan pemilik bangsal yang menyalahgunakan kemudahan awam.

“Sebelum PBT robohkan. Boleh kurung owner dulu dalam sangkar tu, letak signboard Pameran Orangutan Malaya,” komen netizen.

“Macam reban ayam, elok tuan dia masuk sekali,” kongsi netizen.

“Orang yang duduk banglo pun park kereta bawah matahari, ini b40 level maulana,” selar netizen.

Sementara itu, warga net turut mempertikaikan bagaimana pemilik itu mendapat kelulusan untuk membina bangsal di kawasan tersebut.

“Biasa ada kabel dalam JMB dengan Majlis berani buat macam ini,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor