HomeSukanPengajaran buat Rodney, tindakan merugikan Kedah

Pengajaran buat Rodney, tindakan merugikan Kedah

PERTAHANAN tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Rodney Celvin Akwensive mengakui kesilapan mengasari pemain Perak FC, Seo Seonung pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak pada Khamis malam.

Akibat kekasaran tersebut, Seonung mengalami kecederaan patah hidung dan Rodney serta-merta telah diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal.

Pemain itu dilayangkan kad merah pada minit ke-61 selepas menendang muka Seonung.

“Saya ingin memohon maaf kepada pemain Perak FC, penyokong-penyokong di atas insiden yang berlaku semasa perlawanan Piala Malaysia.

“Sejujurnya, saya tiada niat untuk mencederakan mana-mana pemain. Insiden tersebut berlaku secara spontan setelah dikasari. Semoga Seo cepat sembuh,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial KDA FC.

Kelab tersebut pula mengharapkan Rodney menjadikan insiden itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang merugikan diri sendiri dan pasukannya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berkata, biarpun pasukannya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1 tetapi kehilangan Seonung akan dirasai.

“Kemenangan 3-1 ini dibayar dengan cukup mahal. Saya kehilangan Seo kali kedua kerana saya diberitakan hidungnya patah dan terus ke dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor