HomeBeritaPolitikPH-BN hampir pasti bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mendahului dengan majoriti besar...

PH-BN hampir pasti bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mendahului dengan majoriti besar di lebih 21 DUN

GEORGE TOWN: Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) hampir pasti membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas mendahului dengan majoriti selesa di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan kiraan tidak rasmi setakat pukul 8 malam ini.

Gabungan itu memerlukan 21 kerusi daripada keseluruhan 40 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Kesemua calon-calon PH daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai di sebanyak 25 kerusi DUN majoriti pengundi Cina selain turut selesa di kerusi DUN bercampur-campur.

Turut mencuri perhatian adalah calon BN daripada UMNO yang mana setakat pukul 8 malam ini juga mendahului selesa di dua daripada enam kerusi yang ditandingi iaitu Bertam dan Sungai Acheh.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) menguasai sekurang-kurangnya enam kerusi setakat ini pukul 8 malam ini. – UTUSAN

Author

Pilihan Editor