HomeBeritaPolitikPH-BN peroleh majoriti di Pulau Pinang, PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu...

PH-BN peroleh majoriti di Pulau Pinang, PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu – SPR

PUTRAJAYA: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kerusi majoriti dengan memenangi 21 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu dikira setakat pengundian sehingga 10.34 malam tadi.

Bagi keputusan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pula, beliau mengumumkan, Perikatan Nasional (PN) menang sejumlah 19 kerusi dari 36 kerusi yang diperuntukkan.

“Dengan ini PN berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya.

Terdahulu, PAS juga berjaya mempertahankan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu selepas memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Abdul Ghani berkata, bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 9.45 malam di Terengganu, PAS memenangi sejumlah 17 kerusi daripada 32 kerusi diperuntukkan.

“Dengan ini, PAS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya.

Abdul Ghani berkata, bagi negeri Kelantan pula, PAS menang sejumlah 23 kerusi daripada 40 kerusi diperuntukkan dalam PRN kali ini.

“PAS juga berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus dari jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya.

Author

Pilihan Editor