HomeBeritaPolitikPRK DUN Pelangai pada 7 Oktober

PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini dengan 23 September sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari pengundian awal pula ditetapkan pada 3 Oktober ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

“Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 23 September 2023 sehingga jam 11.59 malam, 6 Oktober 2023,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.

Selain Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, sembilan lagi terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu.

Author

Pilihan Editor